Sunday, January 8, 2012

Sinetron DEWA Episode 1 Hingga 47

Lakonan Naysilla Mirdad, Dude Harlino, Baim Wong, Aura Kasih dan ramai lagi





Sinopsis Sinetron Dewa

Dewa mengisahkan kehidupan Dewa lakonan Naysilla, gadis tomboi yang dibesarkan persis gaya seorang lelaki oleh kedua-dua ibu bapa angkat, Gita (Cindy Fatikasari) dan Rusli (Tengku Firmansyah).

Sementara itu, Diandra (Aura Kasih), kakak angkat Dewa adalah wanita yang lebih feminin lagi lemah-lembut serta mempunyai perwatakan jauh berbeza berbandingnya.

Sebenarnya Dewa yang nama asalnya, Kania, menjadi sebahagian daripada keluarga Rusli dan Gita selepas pasangan itu kehilangan anak lelaki mereka, Dewa.

Disebabkan kenangan pasangan itu terhadap Dewa sungguh mendalam, mereka membentuk dan memanggil Kania sebagai Dewa. Sekali gus dia dididik serta diasuh membesar sebagai seorang gadis perwatakan kasar.

Diandra pula seorang anak yang sangat patuh pada orang tuanya sehingga dia tidak menolak apabila ibu bapanya mahu mengadakan majlis pertunangannya dengan Yudha (Arifin Putra), seorang pengusaha tampan anak kepada rakan baik Rusli, walaupun dia sebenarnya jatuh cinta pada adik Yudha, Tama (Baim Wong).

Dalam pada itu, Dewa turut mencintai Tama kerana tertarik dengan sikapnya yang selalu menghiburkannya di kala hatinya sedih akibat sering teringatkan ayah kandung yang meninggalkannya suatu ketika dulu.

Bagaimanapun, jejaka yang dicintai Dewa dan Diandra dalam diam-diam itu lebih terpaut hati kepada sifat wanitaan Diandra.

Pelbagai konflik bakal berlaku apabila Dewa tidak menyedari dia turut dicintai pemandu peribadi keluarganya, Sakti (Dude Harlino), jejaka miskin rakan sepermainan Dewa ketika kecil dulu.

Sakti hanya mampu menyimpan perasaan itu kerana menyedari dia tidak setaraf dengan Dewa. Namun, lama-kelamaan, Dewa mula menyedari Sakti menyimpan perasaan cinta terhadapnya.

Walaupun begitu, hati Dewa tetap terkunci rapat untuk jejaka idamannya, Tama dan dia sama sekali tidak mengetahui Tama punya perasaan sayang terhadap kakak angkatnya, Diandra.

Sinetron ini nyata menampilkan kisah cinta yang bersimpang-siur.

Apakah kesudahan konflik percintaan antara Dewa, Tama, Diandra dan Sakti akan terungkai?

Semua persoalan itu akan terjawab dengan menonton sinetron menarik yang dibawakan khas bagi saluran Indopek setiap Isnin sehingga Jumaat, jam 2 petang dan ulangannya dapat ditonton pada hari sama, jam 7 malam.




























































































channel azmitabalkisliontin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...